Assalamualaikum and good day...
Sudah agak lama tak menulis di blog..
Kekangan masa dalam kesibukan latihan industri
Tiba-tiba rasa nak menulis pulak malam ni..
Sebab Malaysia tiba-tiba seperti dihujani drama-drama Melayu yang menarik
beberapa minggu lepas
Fenomena Nora Elena baru sahaja habis
Lepas tu ada filem KL Gangster
Dan minggu ni akan ada drama baru , Tahajjud Cinta
Baru nampak orang melayu tengok karya sendiri
Mungkin sejak dua menjak ni ramai orang tengok cerita melayu
Tapi ramai orang yang aku pernah berbual
Macam rasa ""loser" tengok cerita Melayu
Satu persoalan
"LOSER" kah kita orang Melayu tengok drama atau filem Melayu
Memang banyak drama atau filem Melayu
mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama
Tapi kalau kita tak pernah nak terima apa karya bangsa kita
Macam mana kita nak berjaya
Cuba kita tengok filem-filem dari Bollywood
Banyak jugak yang lebih kurang sama
Tapi filem-filem mereka semua berjaya menembusi pasaran antarabangsa
Sebab?
Sebenarnya bukan isu filem yang nak dibesar-besarkan disini
Tapi isu pemikiran orang kita yang cuba membanggakan bangsa lain
Fikirkan
KITA PERLU JADI BANGSA BERJAYA


0 pesanan | ringkas:
Post a Comment