Assalamualaikum and good day...
14 April 2011
Tarikh yang boleh dikira sangat perit untuk aku
Apa boleh buat.Tugas sebagai pelajar perlu dibereskan sedaya upaya.
Kekangan masa bukanlah alasan yang boleh diguna pakai bila berbicara dengan pensyarah.
Namun bila dah serabut.Kualiti kerja entah ke mana.
Namun bukan isu tugasan yang ingin aku kongsi dalam entri ni.
Lebih kurang seminggu lepas sempat aku blogwalking
Baca-baca post blogger yang kreatif lagi berilmu
Namun tak kurang juga yang hanya buat blog untuk kutuk orang
yang si lelaki sibuk nak kutuk si gadis, begitu juga sebaliknya
yang si gadis sibuk nak kutuk gadis lain
memang la blog adalah hak persendirian nak menulis
Tapi tak fikirkah baik buruk hasil penulisan tersebut
Berbaloikah mempunyai akaun blog untuk mengutuk sesorang
Ya.Boleh rasanya nak mengeluarkan kata tidak puas hati.
Tapi perlukah sampai nak khususkan individu yang dimaksudkan
Tidak kurang hebatnya golongan yang cuba mempertikai hasil tulisan orang lain
Si penulis hanya mengeluarkan pendapat beliau.
Perlukah memberi respon yang sangat beremosi.
Tak fikir apa yang orang lain rasa.
Kita dah ke sekolah.Cikgu bahasa Melayu puas mengajar frasa ayat.
Tak ada ayat yang lebih sesuai kah nak guna
Teguran itu sangat bagus.Tapi kalau yang menegur pun bahasanya seperti samseng jalanan.
Lebih tepat dikatakan samseng alam maya.
Dah tu takut nak kenalkan diri.Dengan senangya letak anonymous.
Kalau ayat anonymous tu sedap dibaca
Berhikmah kata orang.Takpela jugak.
Buat rakan-rakan yang menjadi mangsa penulisan.
Sabarlah.Namun kita ada hak untuk bersuara.
Tapi jangan ikut jejak si kurang bahasa itu.
okaylah setakat itu sahaja.Setakat nak suarakan pendapat hati.
p/s: Ada subjek menganggu jiwa


hye cik amira. manusia ni mmg kdg2 tak rasional dlm bersuara.. biarpun dr penulisan. anyway, i wrote my view.. just to remind myself of what u were saying also.
ReplyDeleteif u wanna hv a visit:
http://roomsofaheart.blogspot.com/2011/04/blogwalkingsalurkan-penulisan-secara.html
@e y r a . t a j u d d i n
ReplyDeletehye ^_^ thanks for reading... arap2..kita boleh rasional yee