Thursday, April 28, 2011

:. KETIKA CINTA BERTASBIH.:

Assalamualaikum
dan salam ceria..


pernah tonton
KETIKA CINTA BERTASBIH?

Aku sudah tentu peminat setia
KETIKA CINTA BERTASBIH
KETIKA CINTA BERTASBIH2
KETIKA CINTA BERTASBIH the series [Ramadhan]
KETIKA CINTA BERTASBIH[Mencari Ridho Allah]
hehe
fanatik!

apa yang aku dapat bila menonton
KETIKA CINTA BERTASBIH

Masyarakat yang menjadi masyarakat Islam dengan mudah
bukan sebab itu hanya drama
tapi cara masyarakat tu beramal dengan ajaran Islam sebenar

okaylah..
taknak bebel panjang
nak terus kepada point
"NIKAH"

haa.... bagi yang dah tonton KETIKA CINTA BERTASBIH
mesti dah tengok macam mana nikah itu penting
bukan kerana adat tapi kerana agama

*hah mesti ada yang nak kata kat aku *
"Gatal nak kawen awal la tu"
apa salah kawen awal?
awal ke?
awal lambat urusan manusia ke??

Back on the track
Dalam episod terakhir siri KETIKA CINTA BERTASBIH
Mencari Ridho Allah
ada dipaparkan bagaimana urusan nikah itu mudah
atau yang dah tonton Ayat-Ayat Cinta
konsep nikah itu untuk menghalalkan

Tapi apa yang berlaku dalam masyarakat kita
Adat lebih diagung-agungkan
Takut dengan anggapan jiran tetangga
*tak faham*

Mas Kahwin nak beriban
Hantaran nak penuh satu ruang tamu
*tak kata salah*
jika mampu...
yang sanggup bergolok-bergadai tu ape cerita?

Wedding of the Year pon habis lama orang ingat setahun
lepas tu ada lagi wedding of the year lain
berbaloi kee??

Ya, tidak dinafikan perkahwinan berlaku sekali dalam hidup
*hendaknya*
Tapi bukankah memori itu akan indah bila ia berlangsung dengan ikhlas
tanpa perlu berfikir panjang
"eh mana la aku nak cari duit nak bayar tu..bayar ni"
"okay, share duit hantaran la.. nampak gempak sikit kan"
"kalau hantaran murah kang orang kata apa pulak"


Dimana sunnah Rasullulah untuk kita bersederhana
Dimana konsep nikah yang sebenar itu kita amalkan

Ayat-ayat popular seperti
-Nanti kahwin awal susah , kewangan tak stabil-
-Tak sempat nak bagi mak ayah duit-
-Anak sulung la..banyak lagi tanggungjawab-
-Dia anak lelaki la..tanggungjawab untuk adik-adik lagi-
-Tak boleh nak jaga mak ayah-

ha kenapa tak cakap pulak
-Dia lelaki , khalifah , siapa lagi nak mentadbir keluarga?-
Apa memang
- kalau kahwin tak boleh bagi mak ayah duit ke?-
-kalau kahwin tak boleh jaga mak ayah ke?-

Nak cakap banyak pon tak boleh sebab belum berpengalaman
Nanti ada pulak yang kata pandai-pandai
Tapi apa yang penting..
Bila dah cukup mampu ,tak salah nak mendirikan rumah tangga
Aku antara orang yang tak berapa setuju dengan perkahwinan semasa
menuntut di universiti ni..
tapi aku tak kata salah
kalau dah jodoh , siapa aku nak menidakkan takdir
Allah S.W.T

dan
Aku antara orang yang tak setuju dengan
perkahwinan lambat dengan alasan
yang tersebut diatas

nak ulang..okay ulang semula

Nanti kahwin awal susah , kewangan tak stabil-
-Tak sempat nak bagi mak ayah duit-
-Anak sulung la..banyak lagi tanggungjawab-
-Dia anak lelaki la..tanggungjawab untuk adik-adik lagi-
-Tak boleh nak jaga mak ayah-

Dan masalah sekarang jugak
mak ayah pon tak faham konsep nikah yang sebenar
terbuai-buai dengan adat yang direka sendiri
tanpa pernah berfikir hukum dan konsep sebenar
Dan yang paling ketara sekali sejak dua menjak ini
Urusan pertunangan dah diangkat bagaikan urusan kahwin
Dengan persiapan bajunya
Macam-macam lagi la
Bukankah pertunangan itu elok tidak diheboh-hebohkan?
Betulkan kalau ini salah
*Masih cetek pengetahuan agama*
Lihat bila ada satu pasangan yang sudah cuba buat
ada la pak turutnya
dan ada la turutan - turutan yang berlaku
nak salahkan siapa?


Penulisan ini hanyalah untuk mengingati diri sendiri

Maklumlah masih berstatus bujang
Mungkin diri sendiri akan alapa dengan godaan dunia
Dan jika ada yang terasa hati dengan penulisan ini
Maafkanku
Ini hanya pendapatku.Tidak ada berkenaan dengan mana-mana individu
Mari kita renung kembali apa sebenar yang kita cari dalam hidup kita sebagai seorang Muslim
Dan apa sebenar yang kita mahu dalam masyarakat kita.
Jika kita rasa asat itu betul.Teruskan
Tapi jika tidak.Hentikan

Semua yang baik dijadikan teladan.
Yang buruk dijadikan sempadan

Terima kasih kerana membaca

p/s:entri ni dah lama sangat ditaip , atas dasar masa terpaksa postpone ..hehee

1 pesanan | ringkas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...