Monday, March 21, 2011

:.Atas Nama Seorang Perempuan.:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku akan menulis satu entri yang agak serius. Asyik dengan entri happening sahaja.Happening kee??Perlu juga muhasabah diri jugak kan.Jadi buat muka serius.Okay kisah-kisah yang bakal ditulis adalah kisah benar.Dan ini pesananku untuk diri sendiri dan juga semua sahabat-sahabat dan adik-adik yang bergelar perempuan.Membesar di sebuah sekolah yang agak dekat dengan bandar menjadikan diri aku sekarang.Kehidupan aku akan moden.Namun masih ada jiwa anak kampung.Yang mengenaliku.Jangan cuba nak ketawa.Berbalik kepada motif entri ini.Hidup dengan gaya moden jangan sampai maruah tergadai.Biar diri tak setanding watak-watak filem seperti Annaaltafunnisa' dari Ketika Cinta Bertasbih atau Nur Amina dari Nur Kasih.Gadis-gadis ayu yang penuh nilai keagamaan.Siapapun nama kita.Kita yang bergelar perempuan tolong ambil perhatian.

Kata orang Melayu ,
"Menjaga lembu sepuluh ekor lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang"
berani kau samakan perempuan dengan lembu!!
Okay tinggalkan kata-kata itu disitu.Positif.Perempuan perlu ditatang bagai minyak yang penuh.Bukan niat menjatuhkan maruah kaum Hawa.Namun nasihat untuk diri sendiri dan yang membaca supaya kita lebih prihatin.
Mungkin lanjutan Kempen Apakah Dosaku

Kisah pertama

Kejadian ini berlaku dalam kelompok masyarakat yang aku masih kenal.Seorang gadis remaja belasan tahun.Ok lebih terperinici,15 tahun.Akan menduduki PMR tahun ini.Namun pelajarannya terbiar.Terlalu bebas.Cita-cita ibu memlihat anak berjaya punah.Kenapa.Anaknya kini sedangkan mengandungkan bayi.Usia kandungan sudah 5 bulan.Sadisnya.. anak itu anak yang tidak sah tarafnya.Lebih mudah anak luar nikah.Maaf jika bahasa agak celupar.Namun itu kenyataannya.Itu bahana si perempuan.Keluarga si lelaki pula.Ini ceritanya ,si lelaki yang juga masih mentah.Usia baru mencecah 20-an.Bukan nama sendiri tercalar.Si ibu sanggup pergi bersujud di kaki ibu si gadis memohon agar dakwaan rogol ditarik balik.Ya.Ini kes anak gadis dibawah umur.20 tahun penjara.Jelas hukumannya.Si ibu sanggup maruahnya jatuh di kaki orang oleh sebab mahu masa depan anaknya bukan di dalam pagar besi. Si anak? ada fikir maruah ibu.. ada fikir bukan maruah seorang gadis tercalar.. tapi keluarga.Lebih perit ibu sendiri..Anak yang bakal lahir? dan itulah punca masalah ini tak pernah selesai.Anak itu akan rasa terasing,ya..Aku menulis dalam keadaan agak emosi.Kisah ini bukan kisah baru.Dah seperti contengan di dada akhbar.Inikan nak jadi tajuk utama.Jauh sekali .Betapa banyaknya kes seperti ini.Dah macam iklan je.Pandang tak pandang.Namun , apakah ini isu biasa dalam kamus kehidupan setiap insan.Anak gadis berusia sbegitu terpaksa menghadap masyarakat. Ya Allah.. Nauzubillah.Jauhkan kami dari kejadian begini.Mengusung perut memboyot tanpa seorang suami. Lainlah suami jauh bekerja.Ada juga manisnya. Mujurlah mahu keluarga si lelaki itu bertanggungjawab.Kalau tidak ,mungkin anak kecil yang bakal lahir itu terpaksa bersedia dengan kata-kata keji.Masyarakat , mana boleh nak tutup mulut.Okay sudah yang ini.

Kisah kedua

Seorang remaja lelaki.19 tahun usianya. Ditangkap khalwat bersama 4 lagi pasangan.Di sebuah hotel.Bongkar sedikit kisah si lelaki.Tidak sekolah dan tidak tahu membaca.Ya.Terbukti.Nafsu tidak kenal taraf manusia.Lihatkan rupa.Aku pun tak tahu bagaimana begitu ramai perempuan tersungkur dek kerana ayat manisnya.Rupanya ada ilmu pengasih.Percaya atau tidak.Ini hal benar.Sebelum ini aku hanya dengar-dengar cerita orang dan kunkgkin yang terbaru menontonnya dia dalam filem Khurafat.Tapi ini cerita ibunya sendiri.Katanya anak lelakinya belajar ilmu pengasih.Mudah dan menjadi.Ya Allah.Terdetik dalam hatiku.Ya Allah janganlah Kau temukan aku dengan lelaki sebegini.Masih wujud rupanya ilmu-ilmu macam tu.Sedangkan budak yang buta huruf itu mampu menjampi serapah.. ini pula yang bijak pandai.Bisikan syaitan tak kenal siapa.Si ibu terpaksa mengeluarkan simpanan untuk naik turun mahkamah.Apa ni? ini kah harapan ibu ketika lahirkan kita.

Cukuplah dua kisah itu setakat ini.Apa yang aku dapat :
#Ilmu itu pelita hidup.Frasa indah itu bukan sekadar sedap disebut.Lihat kedua-dua kes.Pelajaran bukan isu penting dalam kehidupan
#Bukan nak salahkan mak bapak.Tapi perhatian itu sangat perlu.
#Duhai anak.Ingatlah susah payah ibu bapamu.

Cool lahmacam mana manapun kita.Hiduplah moden macam manapun.Wahai perempuan.Jagalah maruah diri dan keluarga.Dan yang lelaki , jangan jadikan perempuan sebagai alat.Sesungguhnya Allah sudah mencipta yang terbaik.

Terima kasih kerana membaca.Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.Dan semoga kita dijauhkan dari segala fitnah.
May Allah bless you

p/s :sekali aku baca..aku dah macam editor Mastika. Huhuu

2 pesanan | ringkas:

  1. hii,,kamoo menulis entrii y bagus :)

    ReplyDelete
  2. anda telah di"tagged" oleh inn...

    so, check it out here!

    http://innzchubby.blogspot.com/2011/03/apa-5-perkara-yang-perlu-anda-tahu.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...