Sunday, February 6, 2011

:.Warkah berlagu Rindu.:

Assalamulaikum & good day..
Hari ni aku aku ada mood nak tulis surat tak rasmi.I guess , I never wrote this unoffcial letter since I was form 5.Jom try... Tajuk karangan saya hari ni cikgu..ialah...Warkah Berlagu Rindu...lomantik tak wa ni der?


Kehadapan yang disayangi kekasihku yang jauh di lautan,
Dinda disini sihat , Alhamdulillah.
Sesungguhnya diri ini amat merindui kekanda ,pagi petang siang dan malam,

Sayang..sepermergiaan sayang mengembara di lautan sana ,sesungguhnya diriku disini sentiasa teringat akan dirimu.Tujuan dinda menulis warkah ini adalah sebagai pengubat hati.Ingin dinda kongsikan perasaan dinda yang terpendam.

Kekanda,
Sesungguhnya ,ketika mana dinda menoton bola sepak ,dinda terkenang saat -saat kita sama-sama menonton bola.Tambahan pula apabila menonton permainan kelab kegemaran kita , Chelsea.


Prestasi Chelsea tahun ini agak teruk.Mungkin sebab kekanda tidak memberi sokongan.Ketika menikmati keenakan charkueytiaw, dinda teringatkan kanda disana,entah makan entah tidak.Masih ada ralat dihati ini, saat ini dinda rindu ingin menonton filem bersama kanda.Masih segar dalam ingatan ini, disebabkan ada krisis pendapat , kanda tidak dapat menonton filem Unstoppable.


Dinda mohon maaf.Dinda tidak akan pentingkan diri sendiri lagi.Tapi jika berlaku lagi , dinda mintak maaf sekali lagi. =)

Kekanda,
Kerinduan dihati ini masih belum terubat.Apabila dinda berada di mana-mana tempat.Ada sahaja kenangan yang bermain-main difikiranku.Ketika dinda bermain di tepian pantai, dinda rindukan ketika kita melancong di Pulau Pangkor tidak lama dahulu.

Jangan dikatakan tempat pelancongan , ketika dinda sedang berada dalam kereta di lebuhraya, dinda terkenang masa kita sama-sama balik dari kota Kuala Lumpur pada Tahun Baru Cina 2010.


Sayang,
Baru -baru ini dinda berkesempatan ke rumah kekanda.Along kini sudah bergelar tunangan orang.Ada kesedihan disana.Apabila potret keluarga kekanda tidak terisi dengan gambar kekanda.Akan tetapi kekanda, kami disini mendoakan yang terbaik untuk kanda disana.

Kekanda ,
Sebelum dinda berhenti menekan papan kekunci ini , ingin dinda katakan bahawa dinda sentiasa menanti kepulangan kanda. Jagalah diri dan ibadah kepada Allah.Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya.

Adinda Kekasihmu..


HAhaHAha... Amcam bro? ok tak wa tulis surat romantis bagai macam ni...
mesti lah ok kan..

apapun yang tertulis ini bukanlah suatu perasaan rekaan.Akan tetapi tulus ikhlas dari hatiku ; Deep from the Heart of Mine.

Thanks readers.May Allah bless you.

2 pesanan | ringkas:

  1. wehuuuuuuuuu....azam baca ni lentok...haha...

    markah: tebaekla..sebab pes time ak dpt baca ayat jiwang hg..hee~

    ReplyDelete
  2. hahaha... after about 4 years aku x buat ayat skema karangan.... syok jugak! haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...