Friday, February 18, 2011

:.Soksek ; Part II ; Cara Kami Sembunyi Handphone.:

Assalamualaikum &good day

Antara kenangan paling terbaik masa menuntut di bumi Soksek sudah semestinya kenangan
bersama kemahiran sembunyi telefon bimbit

ok lebih ,mudah kita guna bahasa semasa
handphone atau handset
okay , dari entri yang lepas berkenaan gadis-gadis ragbi
untuk pengetahuan , gadis -gadis ragbi ni jugak adalah
insan-insan berkemahiran tinggi dalam bidang sorok-sorok handphone
*_*

Aku? Aku bawa handphone masa sekolah sejak dari tingkatan dua
okay , aku faham
aku memang tak boleh nak ikut peraturan sekolah asrama @_@
kami yang bawa handphone ke sekolah ni memang banyak skill nak sembunyi handphone
takut diambil dek warden-warden berkaliber
hehe

antara skill hebat yang boleh diaplikasi

1)Simpan handphone dalam folder file plastik nipis tu , ada ke warden nak perasan? XD
2)Masa spot check tanam dalam sabun basuh , tapi agak kuno sebab ada warden dah tahu
3)Simpan dalam baju yang disidai diampaian..memang hancur kalau jatuh
4)Tebuk buku tebal ..letak dalam tu..habis semua dictionary oxford dwibahasa tu
dan yang kelima ni aku memang praktis habis-habisan

simpan dalam air kotak dutch lady coklat yang aku tiap-tiap hari bawa pergi kelas letak atas meja bersama straw


Bila ingat balik semua kenagan-kenangan simpan handphone tu ,
sangat kelakar aku rasa
Memang sanggup lah buat apapun asalkan handphone tu tak kena rampas
bukan setakat sorok handphone , jeans lagi
Memang hidup rasa tak puas kalau peraturan yang ada tu tak dilanggar

Ada jugak aku handphone aku hampir kena rampas
tapi diselamatkan oleh cik Jessica Ang May Ching
Yang kali kedua tu tengah duk syok dengar radio kat handset sambil baring-baring kat dorm
Tiba-tiba ada cikgu melawat
lepas tu dia pun tanya
"Eh awak bawa handphone ke?"
Aku pun dengan selamber jawab
"Taklah , ni walkman la.."

Lepas tu buat tak reti
Selamatlah handphone aku
hehehe

Nasib la masa dekat sekolah tak ada saman macam kat universiti
Kalau tak mesti dah beribu aku dah sumbang kat Soksek
setakat kena tahan kad PBM (pulang bermalam , apalah sangat kan)
eh ..kenapa kena tahan Kad PBM?
hehe..nantikan part III

Thanks readers..May Allah bless you...

p/s:tujuan bawa handphone? telefon mak la..ini serius ok! public mahal

4 pesanan | ringkas:

  1. hahahaha.. dengar kata maisarah dulu letak handphone dalam platik dan gantung ke luar tigkap menghadap aspura.

    ReplyDelete
  2. Uga, bila aku save ur handphone ni?? I totally forget!!!

    ReplyDelete
  3. hoho...maulidur rasul masa kita f5!! hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...