Monday, July 20, 2009

.:NC DISARAN GUNA FACEBOOK.:



KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyarankan semua Naib Canselor (NC) dan Timbalan Naib Canselor (TNC) institusi pengajian tinggi (IPT) menggunakan laman web sosial, Facebook bagi memudahkan mahasiswa berinteraksi dengan mereka.
Cadangan tersebut disuarakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpandangan sudah sampai masanya NC dan TNC berbuat demikian.
Katanya, NC dan TNC terutama TNC Hal Ehwal Pelajar perlu berbuat demikian bagi membolehkan mahasiswa berinteraksi lebih mudah tanpa perlu mengikut waktu-waktu tertentu.
"Dengan itu, ia akan memberi peluang kepada setiap mahasiswa berinteraksi dengan pimpinan universiti. Lazimnya yang lebih mudah berjumpa dengan pemimpin universiti ialah pemimpin mahasiswa sahaja," katanya.

Thursday, July 16, 2009

:.GEMPUR.:(VOL:2)

GERAKAN MAHASISWA UMP MEMPERTAHANKAN LATIHAN INDUSTRI SELAMA 6 BULAN DI AKHIR SEMESTER ( GEMPUR). >>>>WATIKAH DARI MPP

Assalamualaikum wbt dan salam perjuangan buat seluruh mahasiswa UMP Sesi kemasukan pelajar 2009/2010 sangat memberi cabaran buat mahasiswa UMP ,Majlis Perwakilan pelajar Universiti Malaysia Pahang(MPP UMP) dan pengurusan tertinggi UMP. Bermula dengan krisis penangguhan penempatan Kolej Kediaman ke 4 dan penangguhan perpindahan ke Pekan oleh Fakulti Mekanikal dan Fakulti Eletrik & Eletronik,kedua dua isu ini sangat memberI impak kepada mahasiswa UMP dan seluruh warganya. Warga UMP pada ketika ini masih lagi berteka teki dengan pelbagai polemik yang menghangatkan dunia kemahasiswaan UMP. Polemik Latihan Industri(LI) yang dikhabarkan akan diletakkan di tengah semester amat menggamatkan dunia kemahasiswaan UMP. Apakan tidak, hampir semua mahasiswa UMP yang mempunyai kesedaran mengenai isu ini pasti akan bangkit mempertahankan LI 6 bulan di akhir semester. Justeru, mahasiswa UMP tidak harus senyap dan hanya berpeluk tubuh menunggu keputusan dan khabar yang tidak kunjung tiba. Atas kesedaran ini,Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang(MPP UMP) dengan kerjasama seluruh Persatuan Mahasiswa setiap fakulti akan melancarkan Gerakan Mahasiswa UMP Mempertahankan Latihan Industri Selama 6 Bulan Di Akhir Semester(GEMPUR). GEMPUR lahir atas kesedaran seluruh mahasiswa UMP menyatakan pendirian jelas kami bahawa kami akan mempertahankan LI selama 6 bulan di akhir Semester. Kami menyedari bahawa pihak pengurusan tertinggi UMP dan SENAT sedang menghadapi tekanan daripada syarat EAC iaitu meletakkan LI di tengah semester pengajian. Kami berasa sangat kecewa dan sangsi akan tahap kredibiliti EAC kerana dengan suasana kegawatan ekonomi dunia dan pengangguran yang semakin meruncing,sewajarnya pihak UMP dan EAC bersama sama membantu menyediakan sistem terbaik yang membantu para graduan di Malaysia. Setakat ini seramai 25000 pekerja telah kehilangan pekerjaan. Selain tu, 30900 pekerja diberhentikan sementara dan 23 900 terpaksa bekerja dengan pengurangan gaji. Hampir 10 000 pekerja yang tidak dibenarkan membuat kerja lebih masa.*sumber daripada Teks Pembentangan Bajet Mini Datoý Seri Najib Tun Razak UMP dengan status university teknikal seharusnya tidak tunduk hanya kerana EAC tidak sependapat dengan UMP. UMP harus lebih berani menyediakan model kurikulum yang lebih fleksibel dan membantu mahasiswa memperoleh pengalaman berguna dan seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang sewajarnya. Ayuh,usah berlengah lagi,mari kita turun memberi sokongan kepada GEMPUR dan kita harus berani menyatakan pendirian kita.

.:GEMPUR!!.:(vol:1)

Belum sempat melangkah masuk ke dalam WDKU 2 Universiti Malaysia Pahang,sudah terasa bahang panas semangat mahasiswa dan mahasiswi UMP mempertahankan isu LATIHAN INDUSTRI! Desakan daripada ENGINEERING ACCREDITATION COUNCIL (EAC)betul2 membuatkan siswa siswi UMP naik bengang!!
Pindaan latihan industri selama 6 bulan di semester terakhir ke tempoh 3 bulan di semester
pertengahan sememangnya bukan isu remeh.
GEMPUR diadakan atas inisiatif MPP untuk membawa suara mahasiwa UMP ke peringkat pentadbiran.Gempur pertama bersama Timbalan Naib Canselor UMP di panaskan dengan api2 semngat pelajar mempertahankan Latihan Industri 6 bulan di semester terakhir.Apakah isu ini akan dapat diselesaikan segera..Pemintaan EAC itu bukanlah sesuatu yang perlu kita patuhi..Di mana hak sebuah universiti di bawah negara yang bebas?Kenapa keistimewaan sistem UMP perlu dikorbankan.UMP sebuah universiti baru bukanlah 1 alasan untuk kita mengikut telunjuk mereka!UMP,EAC dan wakil industri perlu duduk semeja merungkai isu beberapa buah universiti teknikal di bumi Malaysia.Ayuh bangun semua mahasiswa dan mahasiswi UMP,pertahankan hak kita!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...