Wednesday, July 6, 2011

:. LOSER - Menonton Karya Tempatan .:

Assalamualaikum and good day...

Sudah agak lama tak menulis di blog..
Kekangan masa dalam kesibukan latihan industri
Tiba-tiba rasa nak menulis pulak malam ni..
Sebab Malaysia tiba-tiba seperti dihujani drama-drama Melayu yang menarik
beberapa minggu lepas
Fenomena Nora Elena baru sahaja habis
Lepas tu ada filem KL Gangster
Dan minggu ni akan ada drama baru , Tahajjud Cinta

Baru nampak orang melayu tengok karya sendiri
Mungkin sejak dua menjak ni ramai orang tengok cerita melayu
Tapi ramai orang yang aku pernah berbual
Macam rasa ""loser" tengok cerita Melayu

Satu persoalan
"LOSER" kah kita orang Melayu tengok drama atau filem Melayu

Memang banyak drama atau filem Melayu
mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama
Tapi kalau kita tak pernah nak terima apa karya bangsa kita
Macam mana kita nak berjaya

Cuba kita tengok filem-filem dari Bollywood
Banyak jugak yang lebih kurang sama
Tapi filem-filem mereka semua berjaya menembusi pasaran antarabangsa
Sebab?


Sebenarnya bukan isu filem yang nak dibesar-besarkan disini
Tapi isu pemikiran orang kita yang cuba membanggakan bangsa lain

Fikirkan
KITA PERLU JADI BANGSA BERJAYA

Thursday, April 28, 2011

:. KETIKA CINTA BERTASBIH.:

Assalamualaikum
dan salam ceria..


pernah tonton
KETIKA CINTA BERTASBIH?

Aku sudah tentu peminat setia
KETIKA CINTA BERTASBIH
KETIKA CINTA BERTASBIH2
KETIKA CINTA BERTASBIH the series [Ramadhan]
KETIKA CINTA BERTASBIH[Mencari Ridho Allah]
hehe
fanatik!

apa yang aku dapat bila menonton
KETIKA CINTA BERTASBIH

Masyarakat yang menjadi masyarakat Islam dengan mudah
bukan sebab itu hanya drama
tapi cara masyarakat tu beramal dengan ajaran Islam sebenar

okaylah..
taknak bebel panjang
nak terus kepada point
"NIKAH"

haa.... bagi yang dah tonton KETIKA CINTA BERTASBIH
mesti dah tengok macam mana nikah itu penting
bukan kerana adat tapi kerana agama

*hah mesti ada yang nak kata kat aku *
"Gatal nak kawen awal la tu"
apa salah kawen awal?
awal ke?
awal lambat urusan manusia ke??

Back on the track
Dalam episod terakhir siri KETIKA CINTA BERTASBIH
Mencari Ridho Allah
ada dipaparkan bagaimana urusan nikah itu mudah
atau yang dah tonton Ayat-Ayat Cinta
konsep nikah itu untuk menghalalkan

Tapi apa yang berlaku dalam masyarakat kita
Adat lebih diagung-agungkan
Takut dengan anggapan jiran tetangga
*tak faham*

Mas Kahwin nak beriban
Hantaran nak penuh satu ruang tamu
*tak kata salah*
jika mampu...
yang sanggup bergolok-bergadai tu ape cerita?

Wedding of the Year pon habis lama orang ingat setahun
lepas tu ada lagi wedding of the year lain
berbaloi kee??

Ya, tidak dinafikan perkahwinan berlaku sekali dalam hidup
*hendaknya*
Tapi bukankah memori itu akan indah bila ia berlangsung dengan ikhlas
tanpa perlu berfikir panjang
"eh mana la aku nak cari duit nak bayar tu..bayar ni"
"okay, share duit hantaran la.. nampak gempak sikit kan"
"kalau hantaran murah kang orang kata apa pulak"


Dimana sunnah Rasullulah untuk kita bersederhana
Dimana konsep nikah yang sebenar itu kita amalkan

Ayat-ayat popular seperti
-Nanti kahwin awal susah , kewangan tak stabil-
-Tak sempat nak bagi mak ayah duit-
-Anak sulung la..banyak lagi tanggungjawab-
-Dia anak lelaki la..tanggungjawab untuk adik-adik lagi-
-Tak boleh nak jaga mak ayah-

ha kenapa tak cakap pulak
-Dia lelaki , khalifah , siapa lagi nak mentadbir keluarga?-
Apa memang
- kalau kahwin tak boleh bagi mak ayah duit ke?-
-kalau kahwin tak boleh jaga mak ayah ke?-

Nak cakap banyak pon tak boleh sebab belum berpengalaman
Nanti ada pulak yang kata pandai-pandai
Tapi apa yang penting..
Bila dah cukup mampu ,tak salah nak mendirikan rumah tangga
Aku antara orang yang tak berapa setuju dengan perkahwinan semasa
menuntut di universiti ni..
tapi aku tak kata salah
kalau dah jodoh , siapa aku nak menidakkan takdir
Allah S.W.T

dan
Aku antara orang yang tak setuju dengan
perkahwinan lambat dengan alasan
yang tersebut diatas

nak ulang..okay ulang semula

Nanti kahwin awal susah , kewangan tak stabil-
-Tak sempat nak bagi mak ayah duit-
-Anak sulung la..banyak lagi tanggungjawab-
-Dia anak lelaki la..tanggungjawab untuk adik-adik lagi-
-Tak boleh nak jaga mak ayah-

Dan masalah sekarang jugak
mak ayah pon tak faham konsep nikah yang sebenar
terbuai-buai dengan adat yang direka sendiri
tanpa pernah berfikir hukum dan konsep sebenar
Dan yang paling ketara sekali sejak dua menjak ini
Urusan pertunangan dah diangkat bagaikan urusan kahwin
Dengan persiapan bajunya
Macam-macam lagi la
Bukankah pertunangan itu elok tidak diheboh-hebohkan?
Betulkan kalau ini salah
*Masih cetek pengetahuan agama*
Lihat bila ada satu pasangan yang sudah cuba buat
ada la pak turutnya
dan ada la turutan - turutan yang berlaku
nak salahkan siapa?


Penulisan ini hanyalah untuk mengingati diri sendiri

Maklumlah masih berstatus bujang
Mungkin diri sendiri akan alapa dengan godaan dunia
Dan jika ada yang terasa hati dengan penulisan ini
Maafkanku
Ini hanya pendapatku.Tidak ada berkenaan dengan mana-mana individu
Mari kita renung kembali apa sebenar yang kita cari dalam hidup kita sebagai seorang Muslim
Dan apa sebenar yang kita mahu dalam masyarakat kita.
Jika kita rasa asat itu betul.Teruskan
Tapi jika tidak.Hentikan

Semua yang baik dijadikan teladan.
Yang buruk dijadikan sempadan

Terima kasih kerana membaca

p/s:entri ni dah lama sangat ditaip , atas dasar masa terpaksa postpone ..hehee

Monday, April 18, 2011

:.Kesembuhan itu Milik-Nya-

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai pembaca

"menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya"

itu sedikit petikan lagu Laskar Pelangi
ada kata syukur disitu
dari ceramah motivasi Dr.Asri
-Jangan Bersedih, Sesungguhnya
Allah bersama kita-

video

ada diperkatakan akan
"Kadang-kadang syukur itu tinggi martabatnya daripada sabar"
Jadi jangan kita lokek dengan sifat syukur

Apa yang ingin aku kata disini.
Zaman kanak-kanak kebanyakan daripada kita dipenuhi dengan pelbagai fantasi
Seronoknya zaman kanak-kanak
Hidup berfantasi
Tak ada masalah yang perlu difikir siang malam

Rasanya menjadi perkara biasa.Tambah-tambah si kaum gadis.
Bila tonton drama..ataupun baca kisah dongeng fairy tale
dalam hati terus ada taman
-oh nanti aku nak macam tu..macam ni-

-->>baju mahal macam tu
-->>rumah cantik macam tu
-->>suami kacak macam tu
-->>aku nak masuk universiti hebat tu
-->>Keluarga macam dalam filem hindustan tu..happy je...ramai pulak


tak cukup begitu.
bila tengok video perkahwinan ala fairy tale
-waa... best nya...wedding of the year-
sedangkan itu hanya akan luput dek putaran masa

itu frasa ayat tanpa berfikir panjang

sedangkan sekarang
apa yang aku harap hanyalah
kehidupan yang tenang
dekat dengan Maha Pencipta
dengan harapan
Allah merancang yang terbaik untukku
Kerana aku tidak boleh menentukan apa yang berlaku pada esok hari
sekalipun jam seterusnya

Tidak salah mempunyai impian
Tapi perlu ingat
Semuanya adalah kerana Allah
Yang penting adalah berusaha..berdoa..dan bertawakkal..

Semoga kita sama-sama dirahmati oleh Allah SWT
Semoga kita diberikan kekuatan iman menempuhi segala ujian daripada-Nya

Firman Allah
"Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-[Al Ankabuut ;ayat 3]-

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
- [Al-Baqarah, ayat 153]-

Sesungguhnya kesembuhan itu milik-Nya

Thanks reader's for reading through my post

p/s:Allah S.W.T. bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya tapi cinta kita kepada-Nya. Pulihkan cinta kalian kepada-Nya, demi cinta kalian kepadanya

Thursday, April 14, 2011

:.Salurkan Penulisan secara Rasional.:

Assalamualaikum and good day...

14 April 2011
Tarikh yang boleh dikira sangat perit untuk aku
Apa boleh buat.Tugas sebagai pelajar perlu dibereskan sedaya upaya.
Kekangan masa bukanlah alasan yang boleh diguna pakai bila berbicara dengan pensyarah.
Namun bila dah serabut.Kualiti kerja entah ke mana.
Namun bukan isu tugasan yang ingin aku kongsi dalam entri ni.
Lebih kurang seminggu lepas sempat aku blogwalking
Baca-baca post blogger yang kreatif lagi berilmu
Namun tak kurang juga yang hanya buat blog untuk kutuk orang
yang si lelaki sibuk nak kutuk si gadis, begitu juga sebaliknya
yang si gadis sibuk nak kutuk gadis lain
memang la blog adalah hak persendirian nak menulis
Tapi tak fikirkah baik buruk hasil penulisan tersebut
Berbaloikah mempunyai akaun blog untuk mengutuk sesorang
Ya.Boleh rasanya nak mengeluarkan kata tidak puas hati.
Tapi perlukah sampai nak khususkan individu yang dimaksudkan

Tidak kurang hebatnya golongan yang cuba mempertikai hasil tulisan orang lain
Si penulis hanya mengeluarkan pendapat beliau.
Perlukah memberi respon yang sangat beremosi.
Tak fikir apa yang orang lain rasa.
Kita dah ke sekolah.Cikgu bahasa Melayu puas mengajar frasa ayat.
Tak ada ayat yang lebih sesuai kah nak guna
Teguran itu sangat bagus.Tapi kalau yang menegur pun bahasanya seperti samseng jalanan.
Lebih tepat dikatakan samseng alam maya.
Dah tu takut nak kenalkan diri.Dengan senangya letak anonymous.
Kalau ayat anonymous tu sedap dibaca
Berhikmah kata orang.Takpela jugak.
Buat rakan-rakan yang menjadi mangsa penulisan.
Sabarlah.Namun kita ada hak untuk bersuara.
Tapi jangan ikut jejak si kurang bahasa itu.

okaylah setakat itu sahaja.Setakat nak suarakan pendapat hati.

p/s: Ada subjek menganggu jiwa

Friday, April 8, 2011

:.Bila Kapten Jadi Filter.:

Assalamualaikum and good day

Semalam dengan hati penuh harapan aku nak klik gmail
"Harap-harap adala emel baru dari Maritime North"

Bila dah siap loading
Yeay
ada emel from DC Azam..
haha..gumbira hati tak terkira

disebabkan ni adalah kali pertama beliau belayar
Aku kurang pengalaman sikit bab-bab emel ni

Tapi tapi tapi....
Kapten kapal tu dah kata
Aku kerap sangat hantar emel
errrr..
selalu ke...
biasanya aku akan reply emel yang dihantar jeee

tapi ada jugak yang bukan reply emel
sebab nak bagitau my #Seafarer dia baru dapat anak buah
^_^

Dahtu..mesti la subjek emel agak ceria..
Aku la rasa ceria
ini subjeknya

~lalala~

^_^
Kapten tu tanya my #Seafarer
"Is she crying or what?"

OMG!

Bila Kapten Jadi Filter

baru aku tau yang emel yang dihantar akan difilter oleh kapten
oh tidakkkk!!
dahlah dengan seronoknya aku menaip emel dalam bahasa Inggeris
konon best la kan..ha..amek aku sekilo..
@_@

Oleh hal yang demikian
Emel aku lepas ni haruslah ditaip menggunakan
Bahasa Melayu Klasik
Ala-ala Merong Mahawangsa gitu
heheeeee

Apapun...Terima kasihlah Kapten handsome
sebab sudi bagi my #Seafarer reply emel
^0^
Jasamu dikenang sepanjang zaman

Thanks readers ^_^

p/s: Kapten dah jadi mak abah tolong filter surat cinta .heheee

Thursday, March 31, 2011

:.DELEGASI UMP KE UTM.:



Assalamualaikum and good day!
Dalam kesibukan segala bagai test , projek , presentation.
Tegar nak update blog

Ini cerita kami mahasiswa
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Malaysia Pahang
ke
Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia

Ni antara bingkisan dari bumi Johor
Geng mantan pun nak join!




Nak try power Robocon UTM

Robocon dan gerai- gerai ni semua sempena
Pesta Konvo UTM KE46
Adala jugak RM aku melayang kat situ

Nafsu makan tak terkawal
yang free yang beli
semua masuk
sampai tak sempat nak snap gamba kenangan
yang ni je sempat
itu roti jala berteknologi okay
guna autotronic machine lagi you!
tak boleh nak tinggal
sebab sedaaap ><

Lepas tu kami dibawa ke Fakulti Kejuruteraan Perisian
Tengok -tengok fun giler budak Min ni try game kereta
apa entah nama game ni..lupa sudah...



Lepas tu turn aku pulak over excited main game
Lagi-lagi bila jumpa game macam project assignment Multimedia aku
Nice giler!
Tapi malangya jawab salah berderet..almaklumlah soalan sejarah..=.=



Petang pulak masa beriadah
Main baling-baling belon
Lama dah tak main sukaneka ni
It was really fun..tengok la skill masing-masing



Bila malam menjelma
Sekali lagi ke tapak pesta
Tengok.. Adeeb dah sorok plastik tu..teheee

Dah penat-penat jalan abiskan duit
Masa untuk BBQ pulak..
O man...
Sedap!


Ni jumpa pulak dengan kawan baru
Bakal menjadi Intern di syarikat yang sama
Kami bakal-bakal pelatih di hospital
Oh tapi kami bukan doktor
^_^



And...
The last day ..
Sesi peluk cium..
Semoga kita berjumpa lagi


UMP-UTM
Bergabung!
Meletops!

^_^


Semoga ikatan yang sudah terjalin kekal
Insyaalah..
Thanks UTM
Thanks JURUTEK

nak tinjau gambar-gambar di Facebook yaa ^_^

Thanks readers.May Allah bless u!

p/s: view dari toilet kolej UTM amat cantik! >.<

Monday, March 28, 2011

:.Alamak! Musim Tag Kembali.:


Assalamualaikum and good day
Sebelum nak perah-perah otak de
ngan entri baru
eloklah kiranya semua tag dijawab
^_^
U tanya I jawab
Semoga ada juga input
Mungkin kita akan lebih mengenali
Okay
tag pertama dari
Elle
sahabat zaman remaja di #SOKSEK

Jom Tinjau Temuramah alam siber ni...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx




Adakah anda rasa anda hot?
--->>Hot n spicy lagi..haha...ok.. nope I'm COOL ^_^

Bila kali terakihir makan ayam ?
---->>Semalam, dinner I'm having Kueytiaw Kungfu..ada ayam dalam tu

Upload wallpaper lappy
---->>




cerita tentang gambar anda (",)
---->>Errr.... boleh tak nak kata ..no komen... actually I love a wallpaper with black background and the originality is important ^_^ , So okay kot macam tu

lagu terakhir yang anda gemar (",)
----->>Adeke? Suka je semua lagu..okay untuk memuaskan hati , Saya pilih kelompok Inggeris ,
Aznil pon kata "Dan lagunya adalah GRENADE" .Sangat suka suara Bruno Mars.Nak satu lagi
boleh? Di Atas Satu Cinta! Subhanallah...aku mencintainya... LIKE!

apakah yang anda buat selain selesaikan tag ini (",)
------>> Nothing.Tengah bertungkus lumus siapkan tag sebab nak buat report ><

Tag 8 orang
---->> Alamak , ramai pulak

Okay saya pilih
@fatynx @Scha Heart Aidil @Shinydonut @Innzchubby
@Farhana Haron


cukup la tu kan..
ada 1 lagi tag ni
alamak ada lagi soalan..


siapakah no.1 yang anda tag (",)

----->>oh itu kawan group GengKapal..sangat friendly

orang no.3 berhubungan dengan siapa (",)
------>>teheee...Khairul Hafizie...classmate gue jugak...
Semoga berkekalan ke jinjang pelamin

katakan sesuatu pada no.2
------>>Orang tu tengah date sampai lebam katanya sebab Mr #Seaferer dia baru sign off >.<

+_+_+_+_+_+_+_+__+_+_+_+__+_+_+_+__+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_+_

Okay Tinjau tag dari Syreen Sugus
Nama terasa manis macam sugus
^_^


1) APAKAH STATUS ANDA?
--->> Hatiku sudah dimiliki *ouch*

2) CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA.
--->> I'm 22nd girl.The only girl from three siblings.Now study in Universiti Malaysia Pahang.Electrical and Electronic Engineer to be.InsyaAllah.I love movie damn much.But the movie will be the lowest ranking when foods come ^_^

3) CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA.
---->>Ini hanyalah blog peribadi untuk berkongsi walaupun sepatah kata.|Even a Word|

4) APA PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG?
----->>Medium perkongsian yang agak mudah.Mampu mmemupuk budaya membaca.Ya.Walaupun blog.Baca jugak kan.

5) NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG.
---->>Jadilah blogger yang ikhlas.Jangan utamakan follower.Utamakan hasil penulisan.

6) NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA.
----->>Err... tak delah yang unik..biasa ja dik ^_^


7) SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG.
---->>Segalanya mungkin =)
8) TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK KENAL.

@Farhana Haron
@Myrafarhana

@Farhana haron kena jwab dua tag okay. Jangan marah. Cukuplah dua.Takde kawan ramai ^_^



Okay mungkin lepas ni entri lain pulak.Kalau tak ada tag lain.
Thanks readers.May Allah bless you

Sunday, March 27, 2011

I've been tagged again

Assalamualaikum & good day

Ini hanyalah entri menjawab tag si cantik manis Inn
okay
jom tinjau apa soalan beliau
^_^



5 TARIKH PENTING :

Err sebenarnya insan bernama mira syuhada sangat susah nak ingat tarikh-tarikh penting.Tapi setelah bertungkus lumus.Ni ja antara yang boleh ingat.

2 Mac >> Birthday Mak
23 Nov >> Birthday Abah
7 Jun >> Birthday My #Seafarer
4 Nov >> Birthday Abg Ngah (Adik)
16 Nov>> Birthday Adik



5 PERKARA SAYA BUAT SEMALAM :

1.Kemas setelah sampai dari UTM.

2.Tengok gambar.

3.Jawab Phone Call from My #Seafarer (ouh suke! Walaupun cakap macam mamai!)
4.Chattingwith Farhana Haron.
5.Upload gambar dan tidur ^_^.




5 PERKARA BUAT SAYA GEMBIRA :

Buat Inn yang tagging I..

I bukan nak copy paste.. Tapi yang 1st & 2nd tu sama la,^_^

1.Balik rumah. Jumpa dengan family + kucing.
2.Boleh call & mesej dengan My #Seafarer.
3.Buang masa di tempat-tempat riadah , rekreasi , ataupun pelancongan.
4.Dapat menatap My #Seafarer secara live ^_^
5.Dating bersama besties tercinta #weeeek! Takmau mention nama# @_@


5 PERKARA SEBAB JAWAB SOALAN :

bila orang Tanya kita kena jawab

Mengeratkan hubungan antara blogger

Boleh ada entri baru secara tal langsung

Kalau saja-saja nak bagitau semua ni macam buang tebiat je

I LOVE TO SHARE .-that’s why I’m a BLOGGER.



6 ORANG KAWAN UNTUK DI TAG :

Farhana Haron

Mimi Olivia

Syreen Sugus

Nanie

Nadia Abdullah

Elle

* tiada paksaaan. Sila la buat dengan rela hati ye!

Sesiapa saja yang buat tagged ni jugak pun boleh.

ok.tamat

semoga anda sentiasa dirahmati

p/s: hee..suke jugak jawab soalan

Monday, March 21, 2011

:.Atas Nama Seorang Perempuan.:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku akan menulis satu entri yang agak serius. Asyik dengan entri happening sahaja.Happening kee??Perlu juga muhasabah diri jugak kan.Jadi buat muka serius.Okay kisah-kisah yang bakal ditulis adalah kisah benar.Dan ini pesananku untuk diri sendiri dan juga semua sahabat-sahabat dan adik-adik yang bergelar perempuan.Membesar di sebuah sekolah yang agak dekat dengan bandar menjadikan diri aku sekarang.Kehidupan aku akan moden.Namun masih ada jiwa anak kampung.Yang mengenaliku.Jangan cuba nak ketawa.Berbalik kepada motif entri ini.Hidup dengan gaya moden jangan sampai maruah tergadai.Biar diri tak setanding watak-watak filem seperti Annaaltafunnisa' dari Ketika Cinta Bertasbih atau Nur Amina dari Nur Kasih.Gadis-gadis ayu yang penuh nilai keagamaan.Siapapun nama kita.Kita yang bergelar perempuan tolong ambil perhatian.

Kata orang Melayu ,
"Menjaga lembu sepuluh ekor lebih mudah dari menjaga anak perempuan seorang"
berani kau samakan perempuan dengan lembu!!
Okay tinggalkan kata-kata itu disitu.Positif.Perempuan perlu ditatang bagai minyak yang penuh.Bukan niat menjatuhkan maruah kaum Hawa.Namun nasihat untuk diri sendiri dan yang membaca supaya kita lebih prihatin.
Mungkin lanjutan Kempen Apakah Dosaku

Kisah pertama

Kejadian ini berlaku dalam kelompok masyarakat yang aku masih kenal.Seorang gadis remaja belasan tahun.Ok lebih terperinici,15 tahun.Akan menduduki PMR tahun ini.Namun pelajarannya terbiar.Terlalu bebas.Cita-cita ibu memlihat anak berjaya punah.Kenapa.Anaknya kini sedangkan mengandungkan bayi.Usia kandungan sudah 5 bulan.Sadisnya.. anak itu anak yang tidak sah tarafnya.Lebih mudah anak luar nikah.Maaf jika bahasa agak celupar.Namun itu kenyataannya.Itu bahana si perempuan.Keluarga si lelaki pula.Ini ceritanya ,si lelaki yang juga masih mentah.Usia baru mencecah 20-an.Bukan nama sendiri tercalar.Si ibu sanggup pergi bersujud di kaki ibu si gadis memohon agar dakwaan rogol ditarik balik.Ya.Ini kes anak gadis dibawah umur.20 tahun penjara.Jelas hukumannya.Si ibu sanggup maruahnya jatuh di kaki orang oleh sebab mahu masa depan anaknya bukan di dalam pagar besi. Si anak? ada fikir maruah ibu.. ada fikir bukan maruah seorang gadis tercalar.. tapi keluarga.Lebih perit ibu sendiri..Anak yang bakal lahir? dan itulah punca masalah ini tak pernah selesai.Anak itu akan rasa terasing,ya..Aku menulis dalam keadaan agak emosi.Kisah ini bukan kisah baru.Dah seperti contengan di dada akhbar.Inikan nak jadi tajuk utama.Jauh sekali .Betapa banyaknya kes seperti ini.Dah macam iklan je.Pandang tak pandang.Namun , apakah ini isu biasa dalam kamus kehidupan setiap insan.Anak gadis berusia sbegitu terpaksa menghadap masyarakat. Ya Allah.. Nauzubillah.Jauhkan kami dari kejadian begini.Mengusung perut memboyot tanpa seorang suami. Lainlah suami jauh bekerja.Ada juga manisnya. Mujurlah mahu keluarga si lelaki itu bertanggungjawab.Kalau tidak ,mungkin anak kecil yang bakal lahir itu terpaksa bersedia dengan kata-kata keji.Masyarakat , mana boleh nak tutup mulut.Okay sudah yang ini.

Kisah kedua

Seorang remaja lelaki.19 tahun usianya. Ditangkap khalwat bersama 4 lagi pasangan.Di sebuah hotel.Bongkar sedikit kisah si lelaki.Tidak sekolah dan tidak tahu membaca.Ya.Terbukti.Nafsu tidak kenal taraf manusia.Lihatkan rupa.Aku pun tak tahu bagaimana begitu ramai perempuan tersungkur dek kerana ayat manisnya.Rupanya ada ilmu pengasih.Percaya atau tidak.Ini hal benar.Sebelum ini aku hanya dengar-dengar cerita orang dan kunkgkin yang terbaru menontonnya dia dalam filem Khurafat.Tapi ini cerita ibunya sendiri.Katanya anak lelakinya belajar ilmu pengasih.Mudah dan menjadi.Ya Allah.Terdetik dalam hatiku.Ya Allah janganlah Kau temukan aku dengan lelaki sebegini.Masih wujud rupanya ilmu-ilmu macam tu.Sedangkan budak yang buta huruf itu mampu menjampi serapah.. ini pula yang bijak pandai.Bisikan syaitan tak kenal siapa.Si ibu terpaksa mengeluarkan simpanan untuk naik turun mahkamah.Apa ni? ini kah harapan ibu ketika lahirkan kita.

Cukuplah dua kisah itu setakat ini.Apa yang aku dapat :
#Ilmu itu pelita hidup.Frasa indah itu bukan sekadar sedap disebut.Lihat kedua-dua kes.Pelajaran bukan isu penting dalam kehidupan
#Bukan nak salahkan mak bapak.Tapi perhatian itu sangat perlu.
#Duhai anak.Ingatlah susah payah ibu bapamu.

Cool lahmacam mana manapun kita.Hiduplah moden macam manapun.Wahai perempuan.Jagalah maruah diri dan keluarga.Dan yang lelaki , jangan jadikan perempuan sebagai alat.Sesungguhnya Allah sudah mencipta yang terbaik.

Terima kasih kerana membaca.Semoga kita sama-sama beroleh manfaat.Dan semoga kita dijauhkan dari segala fitnah.
May Allah bless you

p/s :sekali aku baca..aku dah macam editor Mastika. Huhuu

Sunday, March 20, 2011

:.Geng Kapal- Kita Semua Bersama.:

Assalamualaikum & good day

Ini entri khas untuk para insan yang bergelar
Pelaut.Isteri Pelaut.Tunang Pelaut.Teman Pelaut.

dan mudah untuk disenaraikan sebagai
Geng Kapal

Only the best man can go to the sea
and only the best girl can be with the best man

itu frasa yang sangat ummph!!

Nak setori mori sikit bila saya jumpa
group Geng Kapal-Kita Semua Bersama dilaman sosial Facebook
Mulanya dengan senior saya disekolah #SOKSEK
*errr tetibe guna ganti diri saya.. lebih selesa untuk entri ni*

Senior saya Cik Zura-Anai yang juga teman kepada seorang #Seafarer
Kata beliau ; kita ada group tau.. Nanti dah kena tinggal boleh la join

*oh yeke ada group , kalau tak kena tinggal lagi tak boleh join ke..ah..nak join jugak*
tak menyabar
^_^

Bila status saya dalam Geng Kapal sudah approved oleh
admin Geng Kapal ; Cik Sofiah Sakinah

saya pun terus godek-godek page tersebut
baca blog kakak-kakak dan kawan-kawan
oh sungguh hati tersentuh

tapi rasa segan nak tiggalkan komen ataupun kata di dinding group
saya budak baru

Tapi bila dah try komen rupanya semua warga Geng Kapal ni sangatlah ramah-tamah
Tak kira status isteri ke..tunang ke.. teman istimewa ke..

Great!!

Baru-baru ni pulak Geng Kapal dah buat Grand Gathering
wow! sangat hebat
walaupun saya tak berkesempatan nak join gathering tersebut tapi saya rasa sangat bangga menjadi salah seorang ahli group ni

Niat dia hati nak buat entri pasal Geng Kapal bila dah join gathering
tapi desakan masa macam tak mengizinkan
Nak tunggu sampai bila kan
Apapun
Tahniah buat admin Grand Gathering tersebut
Anda sangat hebat

#Kak Yat , saya curi gamba tampal kat sini satu ye
^_^

Nak tengok post-post berkaitan Grand Gathering boleh ke belog Kak Yat.Klik disini

Buat admin Geng Kapal-Kita Semua Bersama , Cik Sofiah Sakinah
tahniah juga untuk anda

Tak sangka dunia atas talian boleh menyatukan hati-hati yang kerinduan
*ouch! ayat..*

Dan melalui dunia atas talian ni jugak acara besar dapat direalisasikan
Dan jangan lupa kita sudah ada t-shirt group yang comel


Lepas ni boleh la kita fikir-fikir buat Annual Grand Meeting
Ada organisasi
Kalah persatuan isteri-isteri menteri kan
Kita ada masa depan
weeee..cakap macam Menteri Pembangunan Wanita

Apapun terima kasih buat semua warga Geng Kapal -Kita Semua Bersama
yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman
I'm Proud to be One of you

Buat isteri-isteri #Seafarer , anda sangat tabah
Buat yang meniti hari untuk menjadi isteri #Seafarer , tanya -tanya pengalaman akak-akak kita...supaya jadi kuat seperti diorang ^_^
Semoga ukhwah antara kita kekal dan diredhai

Thanks readers for landing your focus on my words
May Allah bless you

p/s:En #Seafarer ku .. jangan risau tinggalkan saya..saya ada kawan yang ramai =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...